Pengacara TV Popular ialah salah satu anugerah yang dipertandingkan dalam
Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang dianjurkan secara tahunan oleh
Berita Harian. Anugerah ini mengiktiraf populariti pengacara TV yang telah mengacarai program televisyen yang paling digemari ramai sepanjang tahun. Pencalonan pengacara TV dalam kategori ini ditentukan oleh undian pembaca Berita Harian mahupun peminat pengacara TV kegemaran masing-masing.Anugerah ini diberikan kepada pengacara harian dan mingguan, pengemudi bual bicara, pembaca berita, pengulas/pengulas sukan, chef selebriti, perantara majlis dan ahli dokumentari yang terlibat dalam sebarang program televisyen yang dipancarkan di
Malaysia. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2001 setelah lebih 13 tahun ABPBH dianjurkan. Sebelum itu, pengacara TV dicalonkan ke dalam kategori Penghibur TV Popular yang dimansuhkan kategorinya pada edisi 2001. Antara pengacara yang pernah memenangi kategori Penghibur TV Popular ialah
Fauziah Ahmad Daud (
Melodi). Penerima pertama anugerah
Pengacara TV Lelaki Popular ialah
Jalaluddin Hassan yang sebelum ini terkenal sebagai dramatis. Beliau popular dengan program kuiz Who Wants To Be A Millionaire yang disiarkan di
ntv7 sejak tahun 1999. Pada peringkat awal kategori ini dipertandingkan, kebanyakan finalis datangnya daripada program candawara / kuiz seperti Halim Othman (Roda Impian) dan Chef Wan (Famili Ceria) sebelum era pengacaraan dokumentari mencuri tumpuan pada pertengahan 2000an menerusi kehadiran Zainal Ariffin Ismail (Misteri Nusantara & Jejak Rasul). Selepas itu, pengacara
Aznil Nawawi memulakan fenomena bagi pengacaraan program berbentuk TV realiti. Antara pengacara program realiti yang pernah tercalon adalah
Jimmy Shanley (Trek Selebriti),
Ally Iskandar (Mentor),
Zizan Razak &
Johan Yazid Lim (Raja Lawak). Mutakhir, kategori ini dibanjiri oleh pelawak-pelawak terkenal yang diberi peluang menjadi pengacara TV berbentuk hiburan dan jenaka. Beberapa pengemudi program bual bicara juga pernah dicalonkan dalam kategori ini antaranya
Afdlin Shauki (Bila Larut Malam),
Azwan Ali (Cit Cat Azwan),
Ally Iskandar (Ally),
Aznil Nawawi (Macam-macam Aznil),
AC Mizal (AC Disini & Sembang Teh Tarik),
Nabil Ahmad (Lu Pikirlah Sendiri Nabil, MeleTOP & Ini Malam Kita Punya) ,
Faizal Ismail (Apa Saja FBI) dan
AG Selamat (Ye Ke?). Satu-satunya chef selebriti yang tercalon menerusi program masakan ialah Nik Micheal Imran kerana biarpun
Chef Wan pernah tercalon pada tahun 2002, tetapi pada tempoh kelayakan itu beliau hanya mengacarakan program candawara Famili Ceria.
Aznil Nawawi mengungguli kategori ini dengan sembilan (9) kemenangan daripada dua belas (12) pencalonan. Penerima pertama anugerah
Pengacara TV Wanita Popular ialah
Normala Shamsuddin yang ketika itu popular dengan program Nona. Satu-satunya pembaca berita pernah dicalonkan dalam kategori ini ialah Norazlina Redzuan (
Buletin Utama), manakala bagi program dokumentari pula calon-calon seperti
Zakiah Anas (
999),
Norzie Pak Wan Chek (
Majalah 3), Hazlin Hussein (999) dan
Nurul Syuhada Nurul Ain (Majalah 3). Satu-satunya pengulas sukan yang pernah menerima pencalonan ialah Nurul Alis Aidil Akbar (Sukan TV1 & Sports Highlights). Program
Nona banyak melahirkan pengacara wanita popular selain Normala, antara yang mendapat perhatian ialah
Neelofa,
Norazlina Redzuan dan
Farah Fauzana. Farah Fauzana bagaimanapun terlebih dahulu popular menerusi program Melodi di
TV3 yang melayakkannya memenangi anugerah ini secara berturut-turut dari 2005 hingga 2012. Antara bekas pengacara Melodi yang pernah dicalonkan ialah
Raja Azura. Beberapa pengacara program hiburan, gosip dan santai kerap kali dicalonkan dalam kategori ini seperti
Raja Azura (Gedik Santai),
Avaa Vanja (Pop TV),
Cheryl Samad (Muzik Muzik),
Maria Tunku Sabri (
Jalan-Jalan Cari Makan),
Ary Malik (Muzik Muzik),
Sharifah Shahirah (Spontan) dan
Neelofa (MeleTOP). Pengemudi program bual bicara juga mendapat tempat dalam pencalonan antaranya
Fauziah Ahmad Daud (Ogy & Salih),
Raja Azura,
Erra Fazira (Primadona) dan
Linda Onn (Tanya Linda). Satu-satunya pengacara remaja yang pernah dicalonkan ialah
Juliana Evans yang tercalon kerana mengacarakan program mingguan Remaja ketika berusia 17 tahun.